Total Pageviews

Monday 23 June 2014

Pengalaman Dan Pengetahuan Dalam Tenunan



                        

                         Arus perubahan masa turut mempengaruhi perkembangan pengeluaran fabrik tempatan dan termasuklah juga kain-kain Tenun Pahang. Sebagai seorang pengusaha dan pengeluar fabrik tenunan, beliau sedikit sebanyak mengadaptasi pembahuruan tersebut. Sungguhpun demikian beliau memastikan ciri-ciri tradisional terutama pada reka corak dan petua-petua lama dipatuhi untuk mengekalkan identiti kain Tenun Pahang yang terkenal dengan keindahan dan kehalusan kain tenun.


                        Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran khususnya dalam menghasilkan reka corak kain tenun. Antara corak kain yang dicipta dan ditenun ialah corak tapak catur bunga emas berkepala anak lebah, kain corak Pahang berkepalakan anak lebah, corak tuk muda, Dato' Mahmud, Tun Razak, Datuk Bandar dan corak Tengku Ampuan. Selain itu corak mutakhir iaitu kain limar dan pucuk rebung.Beliau juga pakar dalam teknik ikat dan colek.

Dengan minat yang mendalam dalam bidang tenunan, beliau telah mengikuti beberapa bengkel kemahiran yang berkaitan dengan bidang tenun. Antaranya:











Biografi dan Mengenai Tokoh





                Nama beliau ialah Puan Hajjah Nortipah atau Natipah bt Abd. Kadir. Beliau dikenali dengan panggilan Kak Tipah atau Mak Teh . Beliau anak ketiga daripada enam adik-beradik. Beliau dilahirkan pada 8 November 1944 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Suami beliau bernama Mohd Shahril bin Abdul Kadir. Beliau dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki. Anak sulung perempuan bernama Nor Hafzan binti Mohd Shahril, 37, kedua Muhammad Najmi bin Mohd Shahril, 35, dan yang ketiga Norhidayah binti Mohd Shahril,  32.


       Bapa beliau bernama Abdul Kadir bin Abdul Majid dan ibu beliau bernama Maznah binti Abas. Nama nenek beliau Hajjah Selema bt Sulaiman dan datuknya bernama Abdul Majid.
       Nenek beliau ini adalah keluarga sebelah ibu  dari keturunan Keraing Aji atau Tuk Tuan. Tuk kepada nenek beliau adalah adik-beradik dengan keluarga Tun razak.
       Tenun Pahang Diraja merupakan antara tekstil keluaran tempatan yang sering mendapat perhatian.





Definisi Adiguru Kraf Negara

 •Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
 •Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, pengubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.

•Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.

  Kalau berkunjung ke negeri Pahang,
Singgah sebentar di Pulau Keladi,
  Pesona rupanya hingga sekarang,

Warna tak luntur dimakan hari.

Tuesday 6 May 2014

Sejarah Pulau Keladi.




Pulau Keladi terletak lima kilometer dari Pekan Bandar DiRaja.Lokasinya agak terpencil tapi mententeramkan para pengunjung yang berkunjung ke Pulau Keladi kerana beberapa meter dari bangunan pusat tenun sutera terbentang Sungai Pahang nan luas mata memandang dan suasana kampung yang aman damai.
Tidak juah dari sini tersergam sebuah bangunan yang bereka bentuk tradisional yang dinamakan Dewan Pameran Tun Abdul Razak.Apabila memasuki dewan itu pengunjung dapat melihat pelbagai khazanah berharga peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak yang pernah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Semua bintang kebesaran,anugerah,siji,naskah naskah penting dan lain lain dipamerkan disana sebagai satu pameran dan pendedahan untuk pecinta sejarah tanah air di Malaysia.Gambar gambar lama Allahyarham Tun Abdul Razak bersama pemimpin dari luar dan dalam negara menghiasi setiap ruang didalam Dewan Pameran Tun Abdul Razak.
Disebelah kanan Dewan Pameran terdiri sebuah rumah kayu lama berwarna kehitaman semulajadi.Disinilah Tun Abdul Razak dilahirkan dan dibesarkan.Menjengah kedalam rumah kayu sederhana ini pengunjung pasti terpaku melihat segala khazanah silam yang digunakan oleh Allahyarham Tun Razak dan keluarganya yang masih dijaga rapi sehingga kini.

Saturday 3 May 2014


Adalah bukti sahih bahawa di abad ke-16 Masehi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat seorang pembesar bernama Keraing Aji.
Beliau disifatkan sebagai pelopor rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing Aji seperti mana yang disebut-sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dan bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan Riau.
Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceriterakan mempunyai pengetahuan dalam bidang menenun sutera.

Oleh yang demikian maka ramai wanita khasnya surirumah berhasrat mempelajari cara-cara membuat kain tenun daripada beliau
Bertempat di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya 'mengubung', 'menerau' dan 'menorak' serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.
Memperkukuhkan bukti sejarah asal usul Tenun Pahang dimasyhurkan oleh orang Bugis, seorang penulis Inggeris Dr. W. Linehen

Tuesday 22 April 2014

Sejarah awal Kemunculan Tenun Pahang Diraja

        Tenun Pahang Diraja antara tekstil keluaran tempatan yang sering mendapat perhatian. Kemahiran menenun ini dipercayai telah bertapak di negara ini sejak ratusan tahun lampau.Dipercayai berasal dari Riau Atau Sulawesi. Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 masehi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang menetap di Kampung Mengkasar dan dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).