Pulau Keladi
terletak lima kilometer dari Pekan Bandar DiRaja.Lokasinya agak terpencil tapi
mententeramkan para pengunjung yang berkunjung ke Pulau Keladi kerana beberapa
meter dari bangunan pusat tenun sutera terbentang Sungai Pahang nan luas mata
memandang dan suasana kampung yang aman damai.
Tidak juah dari sini
tersergam sebuah bangunan yang bereka bentuk tradisional yang dinamakan Dewan
Pameran Tun Abdul Razak.Apabila memasuki dewan itu pengunjung dapat melihat
pelbagai khazanah berharga peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak yang pernah
menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Semua bintang
kebesaran,anugerah,siji,naskah naskah penting dan lain lain dipamerkan disana
sebagai satu pameran dan pendedahan untuk pecinta sejarah tanah air di
Malaysia.Gambar gambar lama Allahyarham Tun Abdul Razak bersama pemimpin dari
luar dan dalam negara menghiasi setiap ruang didalam Dewan Pameran Tun Abdul
Razak.
Disebelah kanan
Dewan Pameran terdiri sebuah rumah kayu lama berwarna kehitaman
semulajadi.Disinilah Tun Abdul Razak dilahirkan dan dibesarkan.Menjengah
kedalam rumah kayu sederhana ini pengunjung pasti terpaku melihat segala
khazanah silam yang digunakan oleh Allahyarham Tun Razak dan keluarganya yang
masih dijaga rapi sehingga kini.