Total Pageviews

Monday 23 June 2014

Pengalaman Dan Pengetahuan Dalam Tenunan



                        

                         Arus perubahan masa turut mempengaruhi perkembangan pengeluaran fabrik tempatan dan termasuklah juga kain-kain Tenun Pahang. Sebagai seorang pengusaha dan pengeluar fabrik tenunan, beliau sedikit sebanyak mengadaptasi pembahuruan tersebut. Sungguhpun demikian beliau memastikan ciri-ciri tradisional terutama pada reka corak dan petua-petua lama dipatuhi untuk mengekalkan identiti kain Tenun Pahang yang terkenal dengan keindahan dan kehalusan kain tenun.


                        Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran khususnya dalam menghasilkan reka corak kain tenun. Antara corak kain yang dicipta dan ditenun ialah corak tapak catur bunga emas berkepala anak lebah, kain corak Pahang berkepalakan anak lebah, corak tuk muda, Dato' Mahmud, Tun Razak, Datuk Bandar dan corak Tengku Ampuan. Selain itu corak mutakhir iaitu kain limar dan pucuk rebung.Beliau juga pakar dalam teknik ikat dan colek.

Dengan minat yang mendalam dalam bidang tenunan, beliau telah mengikuti beberapa bengkel kemahiran yang berkaitan dengan bidang tenun. Antaranya:











Biografi dan Mengenai Tokoh





                Nama beliau ialah Puan Hajjah Nortipah atau Natipah bt Abd. Kadir. Beliau dikenali dengan panggilan Kak Tipah atau Mak Teh . Beliau anak ketiga daripada enam adik-beradik. Beliau dilahirkan pada 8 November 1944 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Suami beliau bernama Mohd Shahril bin Abdul Kadir. Beliau dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki. Anak sulung perempuan bernama Nor Hafzan binti Mohd Shahril, 37, kedua Muhammad Najmi bin Mohd Shahril, 35, dan yang ketiga Norhidayah binti Mohd Shahril,  32.


       Bapa beliau bernama Abdul Kadir bin Abdul Majid dan ibu beliau bernama Maznah binti Abas. Nama nenek beliau Hajjah Selema bt Sulaiman dan datuknya bernama Abdul Majid.
       Nenek beliau ini adalah keluarga sebelah ibu  dari keturunan Keraing Aji atau Tuk Tuan. Tuk kepada nenek beliau adalah adik-beradik dengan keluarga Tun razak.
       Tenun Pahang Diraja merupakan antara tekstil keluaran tempatan yang sering mendapat perhatian.





Definisi Adiguru Kraf Negara

 •Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
 •Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, pengubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.

•Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.

  Kalau berkunjung ke negeri Pahang,
Singgah sebentar di Pulau Keladi,
  Pesona rupanya hingga sekarang,

Warna tak luntur dimakan hari.